Cuti umum di Malaysia terpakai di kedua-dua peringkat; persekutuan dan negeri, secara asasnya berdasarkan senarai cuti persekutuan di peringkat negara ditambah beberapa cuti tambahan yang berlangsung di setiap negeri atau wilayah persekutuan secara berasingan. Cuti umum ialah campuran cuti sekular yang disambut oleh semua bangsa dan sejarahnya, dan cuti tradisi bagi kumpulan agama dan etnik yang pelbagai yang membentuk negara.
Undang-undang yang menguatkuasakan cuti umum di Malaysia termasuklah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Ordinan Hari Kelepasan (Bab 56 Sabah) di Sabah dan Ordinan Hari Kelepasan Am (Bab 8 Sarawak) di Sarawak.
Minggu kerja dan hujung minggu pelbagai bagi setiap negeri; dengan kebanyakan negeri (termasuk wilayah persekutuan) menjadikan hujung minggu pada Sabtu–Ahad, sementara Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan Jumaat–Sabtu sebagai hujung minggu; walaupun di Johor banyak perniagaan dan bank swasta menjadikan Sabtu–Ahad sebagai hujung minggu disebabkan hubungan perniagaan erat dengan Singapura.[1][2] Bagi negeri yang hujung minggunya Sabtu–Ahad, cuti umum yang jatuh pada hari Ahad digantikan dengan cuti pada Isnin, atau hari bekerja selepasnya jika Isnin sendiri adalah cuti umum. Di Johor dan Kedah, cuti umum yang jatuh pada Jumaat akan digantikan dengan Ahad atau hari bekerja selepasnya, sementara di Kelantan dan Terengganu, cuti umum yang jatuh pada Sabtu akandigantikan ke Ahad atau hari bekerja selepasnya.
Bermula 1 Januari 2025, cuti hujung minggu bagi Johor ditukarkan dari Jumaat–Sabtu ke Sabtu–Ahad,[3] selepas sepuluh tahun dikuatkuasakan.[4]